Siapa kami?

ISO/TC 309 : Tadbir urus organisasi, telah ditubuhkan pada September 2016 bagi “aktiviti standardisasi di dalam bidang tadbir urus, terutama dalam aspek pengurusan, kawalselia dan tatacara kebertanggungjawapan organisasi”

Tujuan kami

Persekitaran organisasi telah mengalami pelbagai perubahan secara global, dan jangkaan masyarakat terhadapnya juga telah berubah. Rentetan perubahan ini, kesepakatan terhadap pemahaman berkenaan tadbir urus yang baik di peringkat antarabangsa perlu dicapai. Akibat perubahan konteks di peringkat antarabangsa, pemahaman ini memerlukan persepektif global yang berasaskan consensus. 

Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa “tadbir urus” adalah berbeza dengan “pengurusan”. ISO/TC 309 akan mengeluarkan penerbitan berkaitan tadbir urus, pengendalian organisasi, serta penerbitan berkaitan mekanisma kawalan organisasi seperti program untuk tatacara pemberi maklumat, compliance dan anti-rasuah.  

Melalui cara ini, jawatankuasa teknikal ini dapat menghasilkan standard antarabangsa yang relevan yang boleh digunakan di mana-mana bagi perkara berikut:

•    Tadbir urus dan sistem tadbir urus; dan
•    Pengurusan dan sistem pengurusan.
 

Standard yang dibangunkan

TC309 bertanggungjawab bagi standard seperti yang berikut:

•    Governance - ISO 37000 Guidance for the Governance of Organizations – diterbitkan pada 14 September 2021
•    Compliance Management Systems -ISO 37301, diterbitkan pada 13 April 2021 
•    Anti-bribery Management Systems - ISO 37001, diterbitkan pada Oktober 2016
•    Whistleblowing Management Systems - ISO 37002 diterbitkan pada 27 Julai 2021
•    Governance maturity model - ISO 37004, Dalam pembangunan sejak Jun 2021
•    Memilih, mencipta dan menentukan petunjuk - ISO 37005, dalam pembangunan sejak Jun 2021
•    Indicators of Effective Organizational Governance: Guidance - ISO 37006, dalam pembangunan sejak Jun 2021
•    Guidelines for Efficiency Measurement - ISO 37007, dalam pembangunan sejak Februari 2021
•    Internal Investigations of Organizations: Guidance - ISO 37008, dalam pembangunan sejak September 2021

Keahlian

Pertambahan keahlian bagi jawatankuasa ini menunjukkan kepentingan bidang tadbir urus ini pada masa kini. Kami mengalu-alukan penglibatan organisasi luar termasuk liaison untuk terlibat di dalam jawatankuasa ini, termasuk ACCA, EBRD, ecoDa, FIEC, IFC, ISACA, OECD dan The CQI.

Tadbir urus IT

Jawatankuasa lain, ISO/IEC JTC 1/SC 40 adalah bertanggungjawab untuk pembangunan standard berkaitan tadbir urus IT.

Ingin turut serta?

Standard dibangunkan oleh pihak yang memerlukannnya – dan ianya  mungkin anda!

Ahli jawatankuasa teknikal yang boleh terdiri daripada pakar bukan sahaja dari bidang standard tetapi juga dari industri. Pakar-pakar ini dicadangkan oleh Badan Standard Kebangsaan di setiap negara yang menjadi ahli ISO. Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian ahli jawatankuasa ini, sila berhubung dengan Badan Standard Kebangsaan negara anda.

Untuk dihubungi

Sebarang maklumat lanjut berkenaan TC309, sila hubungi Pengurus jawatankuasa: En. Mike Henigan 
 

EN | SP | PT | CN